PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH BESTARI

Pertubuhan Kebajikan Kasih Bestari ini menaungi sebuah pusat jagaan yang telah dibuka pada awal Januari 2010.Pada awalnya,pusat jagaan ini hanya bermula dengan 13 orang pelajar puteri sahaja tetapi setelah setahun beroperasi,jumlahnya telah mencapai 45 orang lelaki dan perempuan.Anak-anak ini berusia dalam lingkungan setahun hingga 12 tahun yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi keluarga.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Bestari ini bermatlamat untuk melahirkan para remaja yang berakhlak mulia dan bermotivasi tinggi ke arah membaiki diri,menjadi aset yang berharga dalam masyarakat.

KENAPA DINAMAKAN CAHAYA KASIH ESTARI? "Cahaya" yang bermaksud keberkatan dan kelebihan yang ada diri Nabi Muhammad itu hendak didapatkan untuk setiap anak-anak yang berada di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. KASIH BESTARI:Kasih Bestari bermaksud sayang yang bertempat,ingin mengajak semua pihak bersama-sama saling menyayangi tetapi mengikut landasan yang digariskan oleh Allah.

Anaka-anak di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Kasih Bestari ini akan dididik dengan kaedah pendidikan insaniah yang memberi keutamaan kepada pendidikan roh,akal dan fizikal agar setiap pelajar akan mencapai kemenangan hakiki dunia dan akhirat.

Sehingga kini,Pertubuhan Kebajikan Kasih Bestari mempunyai tiga asrama dan jumlah penghuni lebih kurang 70 orang.